Posted by: ika on: July 6, 2009
semua baru..baru semua..aku juga jadi orang baru.
baru apa?
- semester baru
- roommate baru
- azam baru
- kerajinan baru
- beli baju baru
hampir 20% benda yang ada dalam diri aku ni yang baru
di semester baru, aku dapat roommate baru selepas proses shuffle oleh warden. bukan roommate yang warden susun pon. tapi papejela kan. asal ada room.
sekali lagi HAPPY BIRTHDAY kepada encik A (4 july 2009). dah 19 tahun ye. tapi cukup berjaya. tahniah2..semoga lebih berjaya di masa hadapan. ^^ dan..jangan lupa sambung belajar. as a backup la kan…
hari ini 6 july 2009 cukup setahun 5 hari jadi student KMS. tahniah2 kepada diri aku sendiri sebab boleh bertahan sampai sekarang.
kelmarin, 5 july 2009, empunya saifulislam.com, ustz Hasrizal telah datang ke kolej. ceramah atau talk pasal motivasi dan arah tujuan kami-kami semua di muka dunia ni. sesungguhnya aku sangat lah tak suka dengar ceramah motivasi lagi-lagi pagi hujung minggu. tapi mata aku boleh membuntang dengan bulatnya dari pukul 9.40 am sampai 1.15 pm tanpa sesaat pun terlelap. tahniah lagi kepada diri aku. *tepuk2* percayalah aku ni boleh jadi indicator nak tau sama ada ceramah tu best atau tak.
dan, adalah dalam 50% lebih sikit apa yang penceramah tu cakap, memang sama dengan apa yang ada dalam kepala otak aku ni. bukan nak berbangga ok. tapi betul. ada satu part yang dia cakap (dan dalam buku “Aku Terima Nikahnya”) yang sama dengan apa yang aku tulis kat blog lama aku (?). dan masa part nak bagi hukuman apa kat Bush yang dah bunuh ribu2 orang tu, cadangan aku sama dengan dia iaitu geletek sampai mati…hoh…best gile dapat geletek Bush.
sekianlah dulu. lambat lah pulak internet petang ni. Ghost Season 2 tinggal 1 episod je lagi…uyeehhh…
nota siku : aku masuk under Hanan untuk English Carnival iaitu AJK pertandingan. mungkinkah aku akanĀ menjadi judge untuk pertandingan itu? hohoho..menarik2…
nota siku kiri : silalah datang pada minggu hadapan ke kolej aku. datang beramai-ramai. untuk memeriahkan lagi English Carnival kami yang merupakan usahasama antara Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA seluruh Malaysia. Sila-sila..err..tarikh tak ingat plak. tapi minggu depan la heheheh ^^
nota pusat : rindu kat choi jong hoon huhuhu