Posted by: ika on: May 2, 2009
yippi!!!! dengan ini saya merasmikan kegembiraan saya setelah berjaya menuntun X-Men Origin : Wolverine!!!!!!!!!*juget2 lupa diri* trial juga sudah abes *juget2 lagi*
ok. smlm bersamaan dengan 1 mei selepas majlis mohon restu kat kolej, aku,sierra,hanan dan pah pergilah ke T1 untuk menonton wayang. seperti yang dirancang, kitorang tengok la wolverine tu. wah!! best gilerrr!!! hihihi ok. abes setakat tu.majlis mohon restu plak, berapa batang hidung budak a-level batch 9 je yang nampak. aku je yang malas nak balik. (tapi rindu rumah…uwaa..) sebab yang lain dah balik ari khamis tu. cikgu tertanya-tanya la jugak mana pergi dak2 ni sebab kitorang kan dah nak AS.
bermula dari 30 april hingga 2 april (ari ni), kerja aku asyik baca komik je yang dipinjam dari aisyah dengan bayaran 50sen sebijik. waaa….lama sudah tak membaca manga. hrmm..nak baca hana yori dango je lagi yang tak sempat.
seminggu sebelum tu aku dan 6@7 kanak2 riang yang lain termasuk roommate aku pergi tengok wayang jugak. cerita thai tajuk “Coming Soon”. sah aku masih terbayang-bayang makhluk dalam cerita tu..haishhh…trauma betol. tak mau dah tengok crita hantu!!!!!! =_=”
dan sepanjang minggu dan bulan ni aku rasa tekanan yang agak kuat. tapi tak la sampai nak pecah pale. cuma rasa banyak sangat benda yang tak terluah. rasa perasaan berbagi 3. ceyh! ni betulla la..tapi memang aku rasa benda yang tersekat ni tak tau nak bagitau kat sape. kalau nak luah kat ami (dia ni selalu jadi mangsa aku dari dulu lagi heheheh kesian kau), ada part yang dia tak tau. linda pun macam tu jugak. sekarang ni tak ada yang tau semua pasal hal ni. kalu bagitau kat orang lain, jawapan dia mesti, relax r, tak de papenye bla3… waa!!!!!!!! seksa betol.
belajar benda yang aku tak minat buat aku tertekan. tapi kalau dapat buat parents aku gembira, tak pe la. aku pun happy gak. (nada yang sangat mulia tak leh blah XP) (kaver2)
jugak, otak aku ni selalu terfikir akan soklan2 ni… “aku yang kurang sensitif atau dorang yang terlalu sensitif atau aku yang terlalu sensitif dengan apa dorang buat?”..hrmm..entahla…. cuma aku rasa macam ada orang yang cuma nak pergunakan aku. bila dah tak ada pilihan lain baru nak cari aku. ke hidup memang macam tu? tak ada ke orang yang betul-betul nak kawan aku? tak ada ke orang yang akan tak cari aku cuma bila dorang nak sesuatu dari aku?
sudahla…AS dah dekat. mau emo lebih2 pun tak guna. just sometimes i even think about this. when i finish my study,i’ll try to find someone that will make me forget about all these shit and make me happy and please, my name is ika and i don’t speak english in my blog!!!!!!!!! weehihihihihi XP
anyway,result IELTS dah keluar. hancus. sila tengok bawah…
haiya…inilah padahnya tak berapa nak buat latihan yang cikgu bagi. mau repeat,licin plak la akaun bank parent aku huhu takpe la…terima je la. “at least”, reading aku dan speaking aku ok. tapi writing ni yang paling rendah.. T_T (5.5 untuk listening. ari tu aku terlupa nak korek telinga….wawawa) er….tetiba jugak teringat balik kat sorang pengawas exam ni. hensem XXPP
dan, aku jugak dah berjaya mem’burn’ semua movie yang ada kat dalam ext HD aku. dah penuh dah. abes 18 keping dari 27 keping yang aku beli. dalam HD tu ada lagu dan drama je sekarang.
oh ya, Ghost siri 2 dah start kat 8tv. sila tonton. sangat best ^^
dah..setakat ni dulu update pasal aku. tak de apa yang menarik pun. haa!!! tertinggal plak. aku dah ada mp3 palyer sendiri. dah tak payah dengar radio dari telefon cikai aku tu lagi. selamat tinggal!!! heheh *evil* licin RM200 duit mara yang aku simpan nak beli DSLR tu..
*tetibe rasa nak letak muka sendirik huhuhu
(wallpaper tepon aku sekarang adalah gambar lee minho a.k.a. gu jun pyo..thehehe)
seminggu…..AS akan menjelma. doakan kejayaan aku k.. ^^
nota noti : terpanjang plak. harap maaf =D
IELTS ni band dia sampai berapa?
May 4, 2009 at 6:49 am
ceh.. poyo jer..
itu jer.. haha.. aku tak tau komen ape..
psst.. aku lah pengawas exam itu.. =)