i love black..

a lil’ bit further about me ^.^

Posted by: ika on: October 8, 2008

Amaran : Sila sediakan 2 batang mancis untuk menahan kelopak mata anda ketika membaca entri ini. terima kasih :D

bagi kau yang telah membaca page ‘sayap’ , aku tak nyatakan yang aku belajar di mana bukan.. mungkin aku akan update page tu selepas ini.

Bangunan Razak-the classes are all here

Bangunan Razak-the classes are all here

Aku adalah seorang pelajar Kolej Mara Seremban yang terletak berdekatan dengan Klana Resort,Centre Point,Masjid Negeri dan agak dekat la jugak dengan Seremban Parade.aku belajar dibawah tajaan MARA.* (tapi yuran mahal yang amat dan buku semua kena bayar sendiri lorh huhu). Aku sekarang dalam pengajian A-level (engineering) yang aku langsung tak minat sebenarnya.** elaun yang diberi hanya RM100 sebulan. Mungkin MARA merasakan dengan RM100 tersebut, sudah cukup bagi aku dan kawan-kawanku. Tidak3.. RM100 tidak cukup bagi kami yang berperut besar ini. (guna “kami” sebab nak cover diri sendiri punya pasal huhu).

Top-up                                   : RM 40

Makanan tambahan                : RM 70

Teksi                                      : RM 10

Buku/assignment/alat tulis   : RM 20

Lain-lain(lesap secara tiba2) : RM 60

TOTAL                                   : RM 200

Tak cukup pak cik oii!!! Huhu aku tau kategori makanan tambahan adalah yang paling tinggi. Sudah aku nyatakan di atas, kami (read : AKU) ini orang berperut besar :???: huhu ini adalah jumlah penggunaan untuk diri aku. kalau orang lain aku tak tau la..

Maka,untuk mengatasi masalah kewangan, kami akan buat benda macam ni :

  • nak ke Centre Point, Seremban Parade, Terminal 1 atau mana saja yang termampu kami capai dengan hanya bejalan kaki, kami hanya akan berjalan kaki sahaja. no taxi2. taxi biasa kami ambil kalau nak ke Seremban 2 atau bila kami mengular sampai tak sedar hari dah malam. takut woo nak jalan kaki malam-malam ni. (sambil tu bley gak exercise XP)
  • kongsi beli maggi dan biskut-biskut (kadang-kadangla)
  • selalu makan di Dewan Selera (makanan disediakan oleh pihak MARA. sudah aku katakan yang kilejku ini ala-ala sekolah). apa saja lauk yang disediakan oleh mak cik DS akan kami bedal tanpa ragu-ragu
  • share beli buku rujukan. sorang beli yang tu, sorang lagi beli yang ni. kalau nak guna,pinjam je. (tapi aku lagi suka beli sendiri)
  • fotostat buku rujukan. nak beli buku sendiri tak mampu den.. buku A-level adalah sangat mahal. samalah dengan buku universiti lain. tapi ada seorang guru kelas akaun berkata, buku yang di’fotostat’ tidak ada keberkatan kerana kta mencetak semula buku tersebut tanpa kebenaran penulisnya. Wallahualam..sebetulnya aku tak mampu nak beli buku original.
  • PUASA.. hohoho

Aku dan kawan-kawan rapatku bukanlah daripada golongan yang senang. Kadang-kadang aku cemburu melihat rakan-rakan yang lain yang datang daripada golongan senang hari-hari beli makanan di luar. You name it, McDonald, Marrybrown, AnW… mereka boleh menikmatinya bila-bila sahaja. Kalau nak turun ke DS pun, tunggu lauk ayam je kot. Tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku masih mampu menikmati makanan yang boleh membuatkan perut aku kenyang. Masih ramai di luar sana yang kurang bernasib baik kalau nak dibandingkan dengan aku ni. Syukur..Alhamdulillah..

nikmatilah gambar sekolah kolej aku :D

Dewan Tun Hussein Onn - our new hall

Dewan Tun Hussein Onn - our new hall

abaikan ayat dalam gambar ni XP

abaikan ayat dalam gambar ni XP

tangki kesayangan kami. kalau tak ade air susahla -.-"

tangki kesayangan kami. kalau tak ade air susahla -.-

*biasiswa yang aku dapat setelah lulus interview di UniKL pada bulan 4 yang lalu. Pertama kali mendapat peluang menikmati biasiswa dan belajar bersama-sama golongan bijak pandai.(aku tak bermaksud yang orang lain tidak bijak pandai) (aku tak pernah merasa bersekolah di sekolah berasrama penuh atau MRSM walaupun keputusan UPSR dan PMR ku layak untuk terpilih ke sana)

**engineering bukanlah pilihan pertama,kedua,ketigaku jika ingin melanjutkan pelajaran selepas SPM. Aku sebenarnya ingin mengambil bidang architecture atau hiasan dalaman atau art and design. Tapi disebabkan dengan biasiswa ini, aku kelak akan menyambung ijazahku di luar Negara (jika cukup point), maka ibu bapaku mahu aku ke sini. Maka jadilah aku seorang pelajar A-level. Keinginan ibu dan bapaku adalah yang lebih utama walaupun ketika aku mendapat tawaran itu, seseorang menghalangku. Aku sayang keduanya tetapi ibu bapa adalah keutamaanku ketika ini.

p/s : maaf jika entri ini sangat-sangat panjang. Dan tahniah jika anda Berjaya membaca sampai ke sini :)

p/s/s : entri ini mungkin agak emo sikit. Aku rasalah :neutral:

p/s/s/s : kalau lalu kat seremban tu, singgah-singgahlah ye. bawak makanan sekali. kasihanilah ‘kami’ kanak-kanak yang kelaparan ini :mrgreen:

7 Responses to "a lil’ bit further about me ^.^"

patut la x cukup.. mkn pon dah lebih.. haha.. engineering ni, kalu bab2 teknikal aku suka.. tp bab2 teori2 matematik.. aku pening.. pernahkan anda mendengar Dynamic Stability.. haa.. rumus2 cam ni aku pening.. huhu

dynamic stability? ape tu XP
aku xleh btul main dengan fizik ni. tak paham lgsg huuu…

math ok la tp agak kuciwa coz xdapat A.. hampehs btol..

aku pun suka yang teknikal. tapi bila sampai bab kira2,rasa nak pengsan masa tu jugak…. otak aku agak lembab sket kalau bab kira-kira fizik n chem ni.. hrmmm

ni la manusia. tak tahu bersyukur. Hehe..

RM100 sebulan. Banyak tu..

ok la tuh.. kalu bole minat teknikal xder masalah la nak kotorkan tgn bila dpt kerja nnt.. huhu

minat teknikal tp xminat kira2 yang fizik tu.. kalu boley,nak buat benda tu xpyh kira2.. buat je trus jadi hohohooho

ayat tak leh blah..

hrmmm..lama2 maybe saya akan jatuh Chenta jgk ngan engineering ni kot :D

senang nak apply keje nanti cik ika. keje nih wanted gak sebenarnya. :)

reddebt : dalam perancangan :D

Leave a Reply

manusia bernama ika

Photobucket

identiti dirahsiakan
boleh panggil aku -ika-
pakai spek
student kat Kolej Mara Seremban

sangat suka :
- coklat
- hitam



meminati :
- lee minho
- orlando bloom
- choi jong hun
- ed westwick
- daniel radcliffe
- lagu-lagu berentak R&B
- tapi, mana-mana rentak pun boleh
- asal sedap didengar
- boys over flower (korea)
- Harry Potter
- X-men

sila ambil perhatian. list "meminati" akan sentiasa berubah mengikut aliran masa kecuali nombor 1 dan 2 dan 3 hehehe ^_^

ada satu fobia yang tak terucap (tak ada kena mengena dengan point bawah)

sila jangan ajak aku tengok cerita hantu

IKA ^^

my wishlist…..

- 15 points for AS & A2
- fly to Australia in Structural/Software Egineering with 1st class honour....
- my own DSLR (1st hand la kot)
- a new laptop (macbook ok gak 8-) )
- a better mp3/4 player (tak semestinya iPod)
- a better handphone (tak semestinya iPhone)
- a better relationship with my family
- reunion dengan kawan-kawan kat terengganu
- reunion ngan kanak-kanak 5 Nafis
- hidayah dari Allah S.W.T.
- murah rezeki
- iman yang lebih kuat..
- mau jumpa choi jong hoon,daniel radcliffe,orlando bloom,lee minho...hohohoho (yang tak dapat dielakkan) ngee~~

Pages

tulisan2…

 

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031