i love black..

baru semua….

Posted by: ika on: July 6, 2009

semua baru..baru semua..aku juga jadi orang baru.

baru apa?

- semester baru

- roommate baru

- azam baru

- kerajinan baru

- beli baju baru

hampir 20% benda yang ada dalam diri aku ni yang baru

di semester baru, aku dapat roommate baru selepas proses shuffle oleh warden. bukan roommate yang warden susun pon. tapi papejela kan. asal ada room.

sekali lagi HAPPY BIRTHDAY kepada encik A (4 july 2009). dah 19 tahun ye. tapi cukup berjaya. tahniah2..semoga lebih berjaya di masa hadapan. ^^ dan..jangan lupa sambung belajar. as a backup la kan…

hari ini 6 july 2009 cukup setahun 5 hari jadi student KMS. tahniah2 kepada diri aku sendiri sebab boleh bertahan sampai sekarang.

kelmarin, 5 july 2009, empunya saifulislam.com, ustz Hasrizal telah datang ke kolej. ceramah atau talk pasal motivasi dan arah tujuan kami-kami semua di muka dunia ni. sesungguhnya aku sangat lah tak suka dengar ceramah motivasi lagi-lagi pagi hujung minggu. tapi mata aku boleh membuntang dengan bulatnya dari pukul 9.40 am sampai 1.15 pm tanpa sesaat pun terlelap. tahniah lagi kepada diri aku. *tepuk2* percayalah aku ni boleh jadi indicator nak tau sama ada ceramah tu best atau tak.

dan, adalah dalam 50% lebih sikit apa yang penceramah tu cakap, memang sama dengan apa yang ada dalam kepala otak aku ni. bukan nak berbangga ok. tapi betul. ada satu part yang dia cakap (dan dalam buku “Aku Terima Nikahnya”) yang sama dengan apa yang aku tulis kat blog lama aku (?). dan masa part nak bagi hukuman apa kat Bush yang dah bunuh ribu2 orang tu, cadangan aku sama dengan dia iaitu geletek sampai mati…hoh…best gile dapat geletek Bush.

sekianlah dulu. lambat lah pulak internet petang ni. Ghost Season 2 tinggal 1 episod je lagi…uyeehhh…

nota siku : aku masuk under Hanan untuk English Carnival iaitu AJK pertandingan. mungkinkah aku akan  menjadi judge untuk pertandingan itu? hohoho..menarik2…

nota siku kiri : silalah datang pada minggu hadapan ke kolej aku. datang beramai-ramai. untuk memeriahkan lagi English Carnival kami yang merupakan usahasama antara Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA seluruh Malaysia. Sila-sila..err..tarikh tak ingat plak. tapi minggu depan la heheheh ^^

nota pusat : rindu kat choi jong hoon huhuhu

lagi keuzuran maha hebat

Posted by: ika on: June 19, 2009

kepada liyana roommateku, blog ini sudah seperti mahu mati tak hendak tapi nak hidup tak sudi. jum join saya buat geng pangkah pencurik kabel telefon!!!! awak jadi assisstant saya plak..cewah2 hehe

sudahnye aku terpaksa meng’online’kan diri di rumah atok menggunakan wireless Jabonet kat sini. haa..umah atok aku lagi canggih..ada wireless gitu…

dah 12 jam online tanpa henti untuk mendownload video FT Island (punya susah nak carik hangeul island yang ade subb) dan jugak on the way nak download cerita Full House. tapi kalau ada yang sudi nak tolong belikan vcd original kat KB Mall aku sangat berbesar tangan nak tadah. RM 51 je hehehehehe dan drama Sassy-Girl Chun Hyang RM 48 je…boleh jugak tolong belikan untuk aku heheheh

kepada encik H, bila la kau nak balik. mau pesan cd FT Island dari oversea…wah3… XP

ni adalah cuti yang paling rilek skali. takda buku chem, takda nota physics, takda latihan math…sik ada semuanya….IELTS lagi la….bahagia betol.

cuti ini mau blogwalking juga tak berapa sempat. sedih…

dan, aku dah berjaya tambah satu lagi jenis keadaan pengangkutan awam dalam sejarah hidop. iaitu kereta api bahagian (apekenamanye) yang ada katil api bukan yang ada room la…heheh…first time tu. tido tak ingat dunia. nasib baik terjaga sebelum sampai. ngantok punya pasal sebab malam sebelum tu tido 2 jam je. study yang tah pape. petang lepas exam pulak terus kemas-kemas barang.

DANNNN………………

hari Isnin lepas adalah program kembali ke sekolah, berjumpa guru-guru dan berlepak dengan budak-budak. untuk makluman, Maher dah tak best macam dulu. mungkin sebab aku dah takde kot wawawawa…. ramai gak budak-budak ni yang masuk form 6 ek…lepak jap. jumpa Salmie yang dah setahun setengah tak jumpa. gajoh linda itu. cuma linda nye yang tak de.

terima kasih kepada amira nabila adam yang sudi menumpangkan keretanya.

DSC07351nadiah dan amie

DSC07360kami-kami

pergi dengan amie,nadiah,wani dan kawan nadiah dari uitm. kat maher jumpa pulak dengan ayu dan leha. 3 jam di maher berpindah ke KB Mall pulak. makan kat Noodle Station yang err…Cafe Satu Lagi punya food pon lagi sedap dan murah heheh

ari rabu (17 jun 09) amie datang ke rumah untuk berlatih menjadi pembuat kek “berjaya”. berjaya la sangat kan…2 bijik kitorang buat dengan kek pertama dibuat dengan cara tradisional menggunakan tenaga tangan sehingga menumbuhkan muscle-muscle hebat. angkara aku yang merosakkan pemutar (ke?). lepas tu mama terus pergi beli yang baru.. duit hangus..

esoknya iaitu kelmarin bersamaan 18 jun 09, kami pergi ke KB Mall lagi. berjumpa dengan syidi dan najmi dan juwe. terserempak pulak dengan budak-budak laki kelas aku dulu (syafiq,azim,bob L) dan daus. try mengkontek amalina suruh join sekali, tak dapat lak. mc lin dan ida plak tak dapat datang. kalau tak dah bley reunion tros ari tu kan.. =(

syidi dan najmi, korang memang hensem…muahahaha (kepada sesiapa yang berkenaan, jangan marah. mereka-mereka cuma kawan baik aku…ada lagi yang lain lebih hensem dan terhensem di hati aku cewah2 haha)

tapi….tak sempat pulak nak ambik gambar dengan dorang.. T_T takpe2…dop jejas pong..

hari ini, amie telah kembali ke kedah. selamat tinggal kawanku. dhila pulak ajak ke KB MALL LAGI..minggu depan. katanya mahu date terus. habis aku? jadi peneman je kerjanya..sedih2…kena caj ni..apa tema free2 je huhu

lain kali ada masa aku update lagi. lagi panjang dari yang ni. padan muka korang hahahahaaha *evil*

nota kasut : sempat merembat dvd 1st concert FT Island ari tu…

nota selipar : mau ke singapore!!!!!!! mau jumpa CHOI JONG HOON!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (bilalah weh????)

nota kaki ayam : anuar, pinjam pasport and IC adik kau lah…heheheh

tiga lagi!!!!

Posted by: ika on: May 30, 2009

tiga lagi paper mau dihabiskan!!!! =_=”

nape lah gap jauh sangat haa?? aku mau balik. sudah 3 bulan tidak balik. sudah 3 hari aku tak dapat study. sudah 3 jam aku beronline. dan sudah 3 hari tak nampak ila my roommate yang pulang ke kelantan meninggalkan ku keseorangan.. huuu…

paper yang sudah ditamatkan, tidak berjaya ditamatkan dengan jayanya. banyak buat careless mistake. banyak gopoh. banyak tak sempat masa disebabkan otakku yang lembab ini.

harapan hanya kepada paper pure math 1 dan statistics & probability 1 saja [paper math la]. harapnya dapat top of the world..amboi amboi yai..tinggi nye cita-cita hahhhaaha (dapat duit tu nanti dapatla beli DSLR =D )

di sini ingin dinyatakan aku telah jatuh cinta sekali lagi. kepada mamat korea lagi. dush3!!! tolonglah aku. jangan bagi aku jatuh cinta lagi kepada mamat-mamat bermata sepet lagi…

mereka adalah

FT Island !!!!!!

FT Island

mulanya aku ingin jatuh chenta kat choi min hwan mamat drummer tu. tapi aisyah plak dah chop (sedeyh). akhirnya aku dah terpleok jatuh hati kat choi jong hun pulak si mamat main gitar. muka penuh misteri (ke?) macam jay chou hehehe

choi jong hunbibir itu buat aku jatuh CINTA hahahaha

tapi ‘cinta’ itu bukan berlandaskan rupa semata, tapi juga kerana lagu mereka pastinya. =D aku sudah habis mendownload semua album dorang. terima kaseh kepada mereka-mereka yang sangat baik hati mengupload di 4shared.com ^_^ dan suara vokalis dia encik lee hong gi yang serak-serak basah itu juga amat bagus menyanyi live. jatuh cinta jatuh cinta jatuh cinta lagi..lalalalalalala (lupakan han kyung kejap thehehe XP)

(hong gi ni muka and suara dia lebih kurang macam akim AF7. tapi versi yang lagi best heheh)

mahu dengar lagu dorang? sila cari sendiri kat youtube. berlambak.

lagu favourite aku. tajuk dia “first kiss”. aku paling suka lagu tu sebab lagu tu dinyanyikan dalam akustik. acoustic forever!!! ^_^

err..kepada encik S, sila nyanyikan lagu tu versi akustik dan in english kat aku eh? hehehehe lirik sila tanya pak cik google atau atuk yahoo.

juga….

aku jatuh perasaan sama ed westwick. walaupun kau player, kau tetap pojaan hatiku…heee~

ed westwick freaking hot

walapun kepalamu selalu tertonjol(?) ke hadapan, kau tetap gossip boy ku…

nota tumit : err…maaf jika entri aku sejak semenjak dua ni pasal lelaki je. aku tak dapat nak menahan perasaan ku ini. (kurang-kurang aku masih tau jiwa aku masih ke arah mana heheheheh ops!)

nota tumit 2 : cuma ada sorang lelaki saja dalam hati cik ika ni. yang lain-lain tu cuma tersesat masuk kat dalam lobang paru-paru saja. terima kaseh. ^_^

paling menakutkan..mengerikan

Posted by: ika on: May 11, 2009

ni sebenarnya pasal mimpi aku malam semalam. 2 mimpi. satu tido yang sebelum subuh. satu lagi mimpi yang selepas subuh heheheh

part 1 :

mimpi ni tetiba jek keluar. aku dengan bantuan kawan-kawan aku tengah berusaha mencari seseorang ni yang ada sejarah silam dengan aku (cewah). cari serata tempat ni konon nak satukan hubungan kitorang balik. last-last terjumpa kat stesyen minyak mana ntah masa kawan aku nak isi minyak kereta. nampak dia kat tempat basuh kereta. pura-pura kerja kat situ sebab nak larikan diri dari aku. siap pakai shades bingkai putih lagi (aku rasa aku gelak sakan masa tu sampai mengigau XP) tapi pastu akhirnya happy ending…uhuhu…

komen aku sendiri : abes je impi tu aku terjaga dan rasa sangat lapar. letih sangat cari mamat tu dalam mimpi kot. ntah pape je la mimpi tu. aku tak terfikir pun pasal dia sebelum aku tido. tah pape la…haishhhh….mimpi mengarut….

part 2 :

aku tak tau jugak macam mana mimpi ni start. tapi tetiba aku terpaksa kahwin dengan sorang mamat ni yang ada kaitan saudara dengan aku. muka ala-ala zamarul hisham. dah la baju kahwin kaler kuning. tak de bersanding (alhamdulillah heheheheh). pas je nikah and baru nak start malam pertama aku tak ingat dah apa berlaku then terjaga. banyak part yang aku tak ingat dah…

komen aku sendiri : ni lagi mengarut. ape kes la aku kahwin umur awal gilo. 19 tahun kot. kalau realiti jangan harap mak aku nak bagi. zamarul hisham tu pulak tak pernah la pulak aku minat kat dia. kalau muka macam iqram dinzly tak pe la XP oik2…tak de kaler lain ke orang tua dalam mimpi aku ni nak pilih. kuning jugak. aku lagi rela pakai baju kahwin kaler hitam la…ni mimpi mengarut tahap gaban…..

aku cerita kat iela pasal mimpi aku ni. dia cakap tu tanda jodoh dah dekat. eh, bukan ke mimpi kena patuk ular ke kalau tanda jodoh dekat? huhu

ngeri siot dua-dua mimpi aku semalam… haishhh T_T

lastly, to mama, i love you so much more than words can expressed. i may not be your perfect daughter as you wish but i’ll try to make you proud with me.. love you,ma!! you are the best mom in the universe…. ^^

DSC03778[picture taken during SPM result day]

ika balik 10 jun ni. masakkan ketam masak lemak banyak2 keyh hehehehehe XP

HAPPY MOTHER’S DAY!!!!!!!!!

menjelang tiba… treng teng teng

Posted by: ika on: May 2, 2009

yippi!!!! dengan ini saya merasmikan kegembiraan saya setelah berjaya menuntun X-Men Origin : Wolverine!!!!!!!!!*juget2 lupa diri* trial juga sudah abes *juget2 lagi*

x-men-origins-wolverine-20080227111118055_640w

ok. smlm bersamaan dengan 1 mei selepas majlis mohon restu kat kolej, aku,sierra,hanan dan pah pergilah ke T1 untuk menonton wayang. seperti yang dirancang, kitorang tengok la wolverine tu. wah!! best gilerrr!!! hihihi ok. abes setakat tu.majlis mohon restu plak, berapa batang hidung budak a-level batch 9 je yang nampak. aku je yang malas nak balik. (tapi rindu rumah…uwaa..) sebab yang lain dah balik ari khamis tu. cikgu tertanya-tanya la jugak mana pergi dak2 ni sebab kitorang kan dah nak AS.

bermula dari 30 april hingga 2 april (ari ni), kerja aku asyik baca komik je yang dipinjam dari aisyah dengan bayaran 50sen sebijik. waaa….lama sudah tak membaca manga. hrmm..nak baca hana yori dango je lagi yang tak sempat.

seminggu sebelum tu aku dan 6@7 kanak2 riang yang lain termasuk roommate aku pergi tengok wayang jugak. cerita thai tajuk “Coming Soon”. sah aku masih terbayang-bayang makhluk dalam cerita tu..haishhh…trauma betol. tak mau dah tengok crita hantu!!!!!! =_=”

dan sepanjang minggu dan bulan ni aku rasa tekanan yang agak kuat. tapi tak la sampai nak pecah pale. cuma rasa banyak sangat benda yang tak terluah. rasa perasaan berbagi 3. ceyh! ni betulla la..tapi memang aku rasa benda yang tersekat ni tak tau nak bagitau kat sape. kalau nak luah kat ami (dia ni selalu jadi mangsa aku dari dulu lagi heheheh kesian kau), ada part yang dia tak tau. linda pun macam tu jugak. sekarang ni tak ada yang tau semua pasal hal ni. kalu bagitau kat orang lain, jawapan dia mesti, relax r, tak de papenye bla3… waa!!!!!!!! seksa betol.

belajar benda yang aku tak minat buat aku tertekan. tapi kalau dapat buat parents aku gembira, tak pe la. aku pun happy gak. (nada yang sangat mulia tak leh blah XP) (kaver2)

jugak, otak aku ni selalu terfikir akan soklan2 ni… “aku yang kurang sensitif atau dorang yang terlalu sensitif atau aku yang terlalu sensitif dengan apa dorang buat?”..hrmm..entahla…. cuma aku rasa macam ada orang yang cuma nak pergunakan aku. bila dah tak ada pilihan lain baru nak cari aku. ke hidup memang macam tu? tak ada ke orang yang betul-betul nak kawan aku? tak ada ke orang yang akan tak cari aku cuma bila dorang nak sesuatu dari aku?

sudahla…AS dah dekat. mau emo lebih2 pun tak guna. just sometimes i even think about this. when i finish my study,i’ll try to find someone that will make me forget about all these shit and make me happy and please, my name is ika and i don’t speak english in my blog!!!!!!!!! weehihihihihi XP

anyway,result IELTS dah keluar. hancus. sila tengok bawah…

ielts-aku

haiya…inilah padahnya tak berapa nak buat latihan yang cikgu bagi. mau repeat,licin plak la akaun bank parent aku huhu takpe la…terima je la. “at least”, reading aku dan speaking aku ok. tapi writing ni yang paling rendah.. T_T (5.5 untuk listening. ari tu aku terlupa nak korek telinga….wawawa) er….tetiba jugak teringat balik kat sorang pengawas exam ni. hensem XXPP

dan, aku jugak dah berjaya mem’burn’ semua movie yang ada kat dalam ext HD aku. dah penuh dah. abes 18 keping dari 27 keping yang aku beli. dalam HD tu ada lagu dan drama je sekarang.

oh ya, Ghost siri 2 dah start kat 8tv. sila tonton. sangat best ^^

dah..setakat ni dulu update pasal aku. tak de apa yang menarik pun. haa!!! tertinggal plak. aku dah ada mp3 palyer sendiri. dah tak payah dengar radio dari telefon cikai aku tu lagi. selamat tinggal!!! heheh *evil* licin RM200 duit mara yang aku simpan nak beli DSLR tu..

picture0002*tetibe rasa nak letak muka sendirik huhuhu

(wallpaper tepon aku sekarang adalah gambar lee minho a.k.a. gu jun pyo..thehehe)

seminggu…..AS akan menjelma. doakan kejayaan aku k.. ^^

nota noti : terpanjang plak. harap maaf =D

Posted by: ika on: April 17, 2009

2 weeks – trial exam

1 month – AS exam

Every week – test test test

And I’M REALLY DEADDDD!!!!!!!!

Sorry for the unupdate blog. Rest for a while. coz i’m gonna have a really big exam (uncountable exams actually) yang akan menentukan sama ada wang ringgit ibu bapaku bernilai hampir RM500 nanti akan selamat atau tak.

Doakan saja kejayaan aku yek.=)  Mahu online pun malas. Sebabnya,mahu masuk dashboard pun lambat. Mahu online tak sah kalau tak lebih dari 2 jam. Mahu download lagu lagik hehehhe

Good luck kepada adik-adik (wah3) yang telah pergi interview MARA di uniKL baru ni. Mahu tengok sape junior baru aku. Mahu buli harharhar

Mengikut pengamatan dan tilikan kepala batu aku ni, mungkin sebulan setengah lagi baru aku akan update balik blog aku ni. Bukan tak online terus,cuma online pun untuk update antivirus je.

Maka,silalah tatap wajah aku yang cantik berseri-seri ni sebelum korang sasau sebab rindu kat aku… XP

picture0038(aku ke tu????XP)

Dan juga, aku dah ada kekasih hati baru. TADAAA!!!!!!

Hensem tak? Heheheh sayang dier…nak muntah? Silakan =P

Jangan nak menggatal nak kebas dia dari aku yek. Dia dah propose aku dulu. huhuhu

sekian…bye2…

nota buku lali : kepada bakal junior, sila panggil aku ‘ika sunbae’ nati ^^ *wink2*

bersila itu best…apakan daya….

Posted by: ika on: March 17, 2009

……aku ada tebiat kalau makan atas lantai, kaki mesti naik atas. maksud aku kepala lutut naik atas la. bukan kaki naik atas pale. kurang sopan? sunah nabi kan duduk angkat sebelah lutut ni. sebelah lagi di bawah.

ditegur oleh mak saudara aku tadi kerana duduk terkangkang la lebih kurang. letih tangan mahu pegang pinggan tanpa sokongan di mana-mana. maka diletaknya tangan yang memegang pinggan itu di atas satu lutut ku. makan pula di depan tv. sambil berchatting dengan sorang budak ni. apalagi,berbagai gerakan la aku lakukan. kejap ke depan lap top,kejap tangan menyuap nasi berlauk gulai ayam (sodap!!).

katanya (auntyku itu) nanti berlaki banyak,berboyfriend banyak,bergewe banyak,dan segala banyak lagi. boyfriend memang banyak. tapi laki tak de lagi huhu special boyfriend pun enggak ada sich…ditambah lagi “nanti kau punye laki sumbing mulut!”

UWAHHH!! terus bersimpuh bersila!

tapi iyalah,sudah tabiat kan. kalau duduk atas kerusi pun kaki mesti ke atas. tapi setakat bersila je lah (ni dalam kelas)..kalau kat umah segala macam posisi ade..kalau bangku lab (stool) yang bersisi 25cm lebar itu pun aku boleh bersila di atasnya,inikan lagi atas sofa. makan di dewan selera juga begitu. buka kasut dari kaki,angkat kaki,duduk dengan senang hati. makan penuh nikmat.

kaki bisa jadi kebas kalau lama-lama terbiar terjulur begitu sahaja. boring juga asyik posisi sama. tapi kaki juga bisa kebas kalau bersila lama-lama. maka solusinya,bertukar posisilah. kejap gitu,kejap gini…

nota jari kaki : aku bukan perempuan-perampuan yang ayu. juga bukan mereka yang control.errr…kecuali dalam keadaan tertentu @_@

JPA atau MARA ?

Posted by: ika on: March 14, 2009

19

baca entri pasal nak masuk U oleh saffa. dan kepada yang dapat result boleh terbang dengan warna warni tu, mestilah nak apply untuk program tajaan kan? sape tak nak belajar free oi. (aku pun..ngee~~)

JPA atau MARA? aku tak mahu bercakap lebih pasal program tajaan lain seperti Bank Negara (ko memang power kalau dapat ni),Khazanah,Telekom,TNB,Sime Darby,Petronas,Shell dan yang lainnya. err..sedikit pesanan, kalau nak mohon Sime Darby, sila bersedia dengan idea-idea yang bernas dan panjang jugaklah. dalam borang online dia pun korang dah kena buat esei atau jawab soalan subjektif berapa banyak dah,inikan lagi kalau berjaya kena panggil untuk diinterview nanti huhu

JPA,terbuka kepada semua rakyat Malaysia. tak kira bumiputera atau tak. MARA wajib bumiputera.

untuk interview JPA, korang boleh pilih nak diinterview di mana-mana tempat yang dekat dengan korang. hampir setiap negeri ada tempat interview. kalau MARA pulak, korang kena pergi ke UniKl di KL tu. kecuali mereka yang kat Sarawak dan Sabah sahaja diinterview di negeri masing-masing.

interview JPA dalam bentuk berkumpulan. korang akan dibahagi ke dalam kumpulan seramai 4,5 orang. ni setakat tahun lepas la. tapi tak tau la tahun ni macam mana. kalau yang MARA, korang interview sorang-sorang. sebelum tu,kat dalam surat korang dah disuruh untuk buat 1 esei (lebih baik berbahasa inggeris). esei tu pasal course apa korang nak ambik,pastu tulis la U mana korang nak masuk, apa kebaikan korang nak bagi kat Malaysia ni. lantak koranglah. uhuhhuhhu…

* sedikit maklumat lain, interview untuk Petronas (UTP),adalah gabungan interview MARA dan JPA. korang akan diinterview sorang-sorang dahulu. diberi 1 topik,dan bentang. kemudian bila habis  5 orang dah bentang, semua akan dipanggil dan interviewer tu akan tengok korang discuss tajuk korang tu. tak kisah korang menang atau tak point korang dalam discussion tu, yang penting korang bercakap dengan lancar dan muka korang muka penuh yakin. bukan macam haku ni…nak nanges2 masa interview UTP dulu hahaha dahla 98% BM. hampeh…DUSH!!!!!!

dan,mana yang bercita-cita nak fly lebih awal,silalah ambik JPA. mara kena tunggu 2 tahun baru fly. sama ada buat A-level atau international beccalaureate di 3 kolej mara (seremban,banting,kulim). MARA ada jugak yang fly awal tapi setahu aku yang buat medic ke Mesir je la. belajar bahasa arab 3 bulan then fly. confirm dapat fly walaupun korang tak ambik bahasa arab masa SPM. yang JPA pun ada jugak fly lepas 2 tahun. tapi peluang untuk fly awal lebih luas. bergantung pada course apa korang nak ambik. kawan aku dah 2 orang pergi korea…wuwuwuwu..jeles nih. bley jumpa won bin T_T

elaun JPA lebih lumayan. MARA kat tempat aku hanya daat RM100 sebulan. makan dan minum ditanggung. tapi buku,makanan tambahan dan lain-lain bayar sendiri naaa…

kalau JPA,korang bley belajar di kolej yang err..peraturannya lebih bebas dari kami-kami di kolej mara ni. kami memang macam sekolah. tidak terlalu bebas,dan agama amat dititik beratkan.

kalau JPA, korang terpaksa bersaing dengan bangsa lain. dan kebanyakannya mungkin cina. pandai-pandailah nak tonjolkan diri korang masa interview nanti. MARA korang cuma bersaing dengan melayu kebanyakannya. dan kebanyakan yang pergi ke interview akan lulus. cuma seksaan menunggu masa korang kat kolej. (saja nak bagi takot sket heheh)

korang bila keputusan dapat ke tak pergi interview keluar kat internet nanti, jangan duk tunggu sangat surat dari MARA tu. macam aku tahun lepas surat sampai kat rumah pagi hari interview aku. masa tu aku dah kat KL. pastu baru nak buat esei hari tu jugak huhu seksa betol..

hrmm..pikir masak-masak la ok. dan,kalau nak ambik architechture atau civil engineering,sila jangan memohon MARA. mereka tak menaja untuk 2 kursus itu. aku amat kuciwa. bila la MARA nak keluar statement “kepada yang berkeinginan untuk menukar ke kursus seni bina,boleh memohon sekarang”. kalau lah ada, akulah orang pertama mengambil borang tu..huuuu~~~ sadis… T_T T_T T_T

tanda soal? sila jawab kalau rajin. (ini bukan tag)

Posted by: ika on: March 9, 2009

18

Notis kepala : entri ini menjadi sangat serius. Seriusli. Sangat serius. Serius sampai nak mati. Dan mengandungi tanda soal yang teramat banyak. Sila baca dengan ditemani muzik-muzik gembira….

Membaca entri dari aeropama dan najlaa beberapa hari yang lepas membuatkan aku menilai diri aku sendiri sekali lagi. Adakah aku sudah cukup Malaysia? Jawapannya sudah tentulah tidak. Aku tidak memakai baju kurung baju kebangsaan Malaysia setiap hari. Cuma ketika ada kelas dan urusan yang membuatkan aku rasa nak pakai sahaja. Aku juga tidak berdiri dengan tegak macam tiang elektrik bila menyanyikan lagu Negaraku. Siap boleh main garu-garu lagi. Aku juga tidak mendapat 100 markah dalam subjek Bahasa Malaysia. Haram. Entah bila aku nak dapat markah macam tu. Aku juga bukanlah bercakap dalam Bahasa Melayu bahasa kebangsaan Malaysia baku. Itu dah rasa macam nak bersyair pun ada. Masih banyak juga tempat menarik di Malaysia ni yang aku tak pergi lagi. Apatah lagi nak pergi semua tempat,setiap ceruk kampung kat negara aku ni.

Adakah itu membuatkan aku masih tak cukup Malaysia?

Soalan lain pula muncul di otak aku ni.

Adakah aku masih tak cukup Melayu lagi?

Adakah aku masih tak cukup Islam lagi?

Adakah aku masih tak cukup patriotik lagi?

Adakah aku tak cukup pandai lagi?

Adakah aku tidak cukup solehah lagi?

Adakah aku gedik?

Adakah aku gemuk? (soalan tipikal)

Adakah aku kurus? (Soalan tipikal juga)

Adakah aku tak cukup cantik lagi? (abaikan)

Adakah aku tak cukup menggembirakan lagi?

Adakah aku tak cukup sopan santun lagi?

Adakah aku tak cukup ayu lagi? (i don’t wish that i can be “ayu”)

Adakah aku seorang indie jika pergi ke gig?

Adakah aku tak cukup bergaya jika hanya menyarung t-shirt berharga 15 ringgit?

Adakah aku tak cukup jujur lagi?

Adakah aku tak cukup baik lagi?

Adakah aku tak cukup hipokrit lagi?

Banyak. Banyak sungguh soalan yang tiba-tiba muncul.

Persoalannya. Adakah aku,kita, kamu semua boleh menilai dengan senang-senang adakah mereka-mereka manusia yang hidup di muka bumi ni bagaimana orangnya.

Adakah dengan membaca blog kamu boleh menilai orang ini bagaimana. Adakah dengan status “kawan baik” kamu boleh menilai “kawan baik” kamu tu bagaimana?

Adakah dengan berpangkatkan Datuk,Tan Sri,Yang Berhormat, dia boleh dikatakan sebagai seorang yang cukup berjaya kalau hanya pangkat itu datang dengan rasuah dan ampu?

Adakah seorang perempuan itu boleh dikatakan wanita melayu terakhir jika dia memakai kain batik dan kebaya nyonya jarang menampakkan segala macam jenis muka bumi di kulit majalah? Rasanya ibuku lebih layak diberi title tu.

Adakah aku tak cukup Melayu jika tidak pandai bersastera?

Adjektif adalah subjektif.

Memang betul. Kata-kata “jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita juga akan berbau wangi”, tapi kata-kata tu tetap ada lawannya. “don’t judge a book by its cover”. Kita tidak bisa menilai seseorang itu dari luarannya sahaja, dari tutur katanya, dari perbuatannya, dari cara dia makan, dari pemakaiannya.

Pernahkah korang jumpa orang yang apabila keluar dari rumah, dia berbau wangi, segak cantik bergaya? Tapi rumahnya, ular pun boleh bertelur, mak ular nak cari telur dia balik pun susah. Dan pernahkah korang jumpa yang pemakaiannya biasa-biasa sahaja tetapi kekemasan rumahnya macam bilik hotel bertaraf 5 bintang?

Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah cakap “dia ni mesti jahat”,”dia ni gatal”,bla3 kalau keluar ke mana-mana dan nampak orang yang pelik-pelik, dan lagi macam-macam ayat lain yang menggambarkan penilaian aku terhadap seseorang. Melilau di Friendster pun dah bermacam-macam ayat keluar dari mulut aku, inikan lagi yang live.

Bermula dari sini, kalau nak baca boleh, kalau tak nak sebab entri ni dah cukup panjang, korang dah boleh berhenti dan kalau rasa nak tinggalkan komen,sila-sila… aku tak kisah. Tulis apa yang korang rasa, pendapat korang.. =) (senyuman yang tulus ikhlas dari aku =D)

Seseorang pernah berkata aku ni terlalu “sosial”. Apa yang dimaksudkan dengan “sosial”. Gedikkah? Mengada-ngadakah? Gatalkah? Adakah dengan berkawan dengan ramai lelaki aku dikatakan sebagai seorang yang “sosial”? Adakah mempunyai lebih ramai bilangan pelajar sekelas lelaki selama 2 tahun kemudaian sambung lagi 2 tahun dan kemudiaannya aku berkawan,berbual,bergambar dengan mereka aku dikatakan sebagai “sosial”? Adakah itu kemahuanku mempunyai lebih ramai rakan lelaki? Kalau kau baca, aku tak se”sosial” yang kau sangka.

Adakah dengan menulis tentang perbuatanku yang gila-gila, benda pelik yang pernah aku buat satu ketika dulu,bercakap lepas di dalam blog aku membuatkan aku “bukan perempuan Kelantan”. Untuk pengetahuan awak,saya bukanlah orang Kelantan. Saya juga tidak tahu saya orang mana. Yang saya tahu saya dilahirkan di Sarawak,tinggal di sana 6 tahun, kemudian di Terengganu 8 tahun, dan barulah di Kelantan dari 2002 dan sekarang belajar di Seremban untuk 2 tahun. Dan selepas ini saya pun tak tahu saya akan berada di mana lagi untuk meneruskan hidup saya.

Ya,ya..entri ni dah cukup panjang. Hampir sama panjang dengan karangan SPM aku. Ucapkan kata-kata tahniah berjuta-juta lemon kepada diri anda jika mampu membaca sampai habis.

Maaf. Hanya mahu berkongsi rasa. Rasa yang dipendam lama bisa tesembur keluar juga akhirnya jika bekasnya sudah penuh.

Ps : soalan-soalan tu korang rasa nak jawab, korang jawab. Boleh jawab di kotak komen. Kalau tak nak pun tak pe.

Pss : kepada orang yang berkenaan, maaf sekali lagi. Aku tak akan reveal diri kau atau menyebut nama kau di blog ini. Kau paham-paham sendirilah. Kau kan baca blog aku ni… ;) kau,awak adalah ditujukan kepada orang yang sama.

saffa’s “design a tee” competition

Posted by: ika on: March 3, 2009

i need to enter this..i need to enter this..really NEED TO ENTER THIS!!!!!!
haiyo..only that i don’t have photoshop in my lappie anymore…

kalau “free-hand” punya design boleh ka?

aku mau photoshop balik kat lappie aku..uwaa!!!!!!

ok…sudah mengarut pasal -tak-ada-photoshop-punya-problem ni…

sebenarnya,cik saffawati dari saffawati.com telah mengadakan 1 pertandingan mereka t-shirt terutamanya kepada blogger tapi kalau bukan blogger pun boleh jugak. tak ada tema,tak ada limited size,cuma hendaklah menggunakan tidak lebih dari 4 warna sahaja tanpa menggunakan sebarang gradient. (oh!untuk memudahkan proses mencetakkah?)

design tersebut akan digunakan pada t-shirt hitam dan putih sahaja. maka,warna mungkin yang agak kontras boleh digunakan. (pendapat kurang pandai dari aku heheh)

hak cipta design tersebut akan menjadi hak milik saffawati.com dan hasil kerja mestilah ORIGINAL sahaja.maka  jangan bermimpi mahu copy gambar dari internet macam ada sesetengah t-shirt kat kedai kat luar sinun ^^

tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2009 dan pemenang akan diumumkan pada 2 April 2009

pemenang akan mendapat t-shirt rekaannya itu ^^ menarik2 heheh

bigbanner

ps : memang kena masuk ni…tak boleh jadi huhu

pss : free hand boleh ka? (skali lagi pertanyaan =D)

manusia bernama ika

Photobucket

identiti dirahsiakan
boleh panggil aku -ika-
pakai spek
student kat Kolej Mara Seremban

sangat suka :
- coklat
- hitam



meminati :
- lee minho
- orlando bloom
- choi jong hun
- ed westwick
- lagu-lagu berentak R&B
- tapi, mana-mana rentak pun boleh
- asal sedap didengar
- boys over flower (korea)
- Harry Potter
- X-men

sila ambil perhatian. list "meminati" akan sentiasa berubah mengikut aliran masa kecuali nombor 1 dan 2 hehehe ^_^
merasakan Maya Karin adalah pelakon Malaysia tercantik XP
ada satu fobia yang tak terucap (tak ada kena mengena dengan point bawah)
sila jangan ajak aku tengok cerita hantu

IKA ^^

muka surat

tulisan2…

 

July 2009
M T W T F S S
« Jun    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031